Sunday, January 8, 2012

macam dah takde life

assalamualaikum..
heyyy...

do you know what i mean on the title up there? yeah.. sekarang hidup aku dah macam takde life. sebab apa? sebab hidup aku hanyalah tidur, makan, berak, tengok tv, kacau adik, kena kacau dengan adik, mesej dgn scandal, online fb, twitter, stalk blog orang, tengok vlog, macam-macam lagi la. ohh lupa. tolong ibu masak #konon. sejak sekolah dah tamat exam pon dah habis hidup aku teramatlah boring. tiap-tiap pagi aku bangun around pukul 9-10 pagi. kira awal la tu kan #otak kau. then malam pulak after midnight baru tidur. sebab aku layan internet sampai berpeluh-peluh. nak kerja malas. hehehe... tapi hari tu ada pergi mintak kerja. tapi orang tu tak call pon. aku pon tak mengharap orang tu call. #memang dasar pemalas. member semua dah kerja. bagus guys.

memang lama gila aku tak update menatang ni kan. dah blog buruk ni takde orang baca pon. buat apa aku nak update tiap masa ye dop? dah aku takde idea nak tulis sini dah.

kbai

Saturday, November 12, 2011

Saturday, November 5, 2011

STOP DREAMING!

Assalamualaikum.
Hello there. Selamat Hari Raya Aidiladha :)

serius aku tak prepare langsung untuk raya ni. padahal esok da raya wei. baju tah aku nak pakai baju mana tah esok. tudung mana. haihh.. orang lain da siap gosok siap gantung lawa2 dah. tak tahu lah ada orang yang sama macam aku ke gak -____- family aku pun semua tak prepared apa2. just makanan je yang meriah. mak aku masak rendang, nasi impit, and laksam. meriah ke tu? boleh la. hehe. sebenarnya aku takde mood. maybe sebab exam nak dekat. and aku tak berapa nak ready lagi. banyak syllabus yang aku tak faham and tak baca lagi. so aku tempah beberapa orang membe yang agak pandai untuk ajar aku subjek yang diorang pandai tu. hehe.. untung aku ada membe mcm korang. ok sebenarnye aku takde mood bukan sebab exam. aku tipu je tadi. *pliss jangan lempang aku. aku takde mood sebab aku ada ternampak and dapat tahu something yang agak menyakitkan hati dan mengingatkan aku dekat dia. even aku da takde kena mengena da dengan dia. tapi aku tak tahu kenapa aku still... haihh.. dah dah. wake up shahira. focus kau sekarang dekat exam je. jangan fikir benda yang boleh buat kau down especially benda bodoh tu. ingat. matlamat kau sekarang UNIVERSITI je. no matter what kena jugak masuk U. jangan nanti kau menyesal kali ke 2. tugas kau sekarang belajar je. kau kena ubah diri kau. kau kena ubah tanggapan orang dekat kau. sampai bila kau nak jadi macam ni. tak kan kau nak tengok je orang lain berjaya sedangkan kau tak. bangunlah dari mimpi. sampai bila kau asyik nak berangan je? ok panjang pulak aku membebel. just motivated myself.

wish me luck for stpm that will coming soon...

Monday, October 31, 2011

a sweetie girl day


happy birthday AIN NUR ATIQAH!!!!!!

hehehe.. saja nama tu tulis besar2. ini bestfriend saya. comel kan? hihi.. kami telah menjalinkan hubungan selama 1 tahun setengah. ye. hubungan songsang. deyy!! silap. hubungan SAHABAT BAIK okayy. kang timbul pulak gosip 'terdampar' di dada-dada akhbar. ceh. kau ingat kau sape?! hehee ;p budak kecik ni selalu teman aku pergi mcd. mcd je tempat kitorang semenjak dia bukak. itu je yang terdekat. ngehngeh. and hari sabtu hari tu aku dah buat surprise yang langsung tak dirancang. ingatkan dia takde la surprise sangat. first shidi ajak study pp1 dengan dia dekat mcd. berdua je. haihh.. aku ni dah la penyegan orangnyer.. jangan muntah! memang tak ar aku nak berdua je dengan dia. hehe.. so i decide to bring ain sekali. but i didn't inform to shidi that bring ain also. and i didn't tell to ain that shidi also there. so both of them didn't know they're meet each other. hehehe.. am i naughty? actually aku pun tak faham diorang ni. dua2 memalu nak jumpa. tapi kekadang bukan kekadang tapi selalu nampak diorang bergurau senda. haihh.. tak faham lah korang. haa lepas tu mula2 aku sampai dulu dengan ain. then shidi pulak muncul. hhaaa amek kau! terkejut depa noh. hehe.. then da tengok masing2 muka terkejut kecuali aku ;p then aku kata 'SURPRISE!' hehehe.. lawak la korang. so kira itu sebahagian daripada hadiah birthday jugak lah ye ain walaupun memang tak dirancang langsung. heheh.. and sorry lah kalau tak menyenang kan awak tapi aku tau kau suka. aku dah tengok blog kau. kau kata kau suka. hehehehe.. nanti aku buat lagi eh ;p 
*terdampar dipetik dari karangan yang pernah ditulis oleh beliau (ain). ayatnya juga lebih kurang dengan yang atas. jangan marah ain.hoho xD

gudluck 4 stpm yg semakin dekat ni. huu.. tinggal berapa hari je lagi ni oii. cuakk.. dont ever regret 4 being my friend honey ;) and dont ever forget me. kalau kau lupa aku. siap kau! aku lempang kau pakai kaki! ngahahaha!! and hope ain ikut cakap makcik ain. kahwin dengan shidi bila dah besar! hahahaha!! dia baik ain. rajin. sopan santun. apa lagi. haaa jujur, amanah, fatonah. ceh. lebih2 pulak. kalau dia baca ni mau kembang hidung lapan puluh inci. aku da dapat bayangkan muka riak dan takbur dia tu. hahaha! ingat tau ain! hehehe..

lap u lah my lalink!

ain dah tua. dah boleh kahwin dengan shidi xp      

Saturday, October 8, 2011

raya!

assalamualaikum...

even dah berapa minggu dah raya dah habis aku nak post pasal raya gak. hehehe... setiap kali raya aku memang selalu balik kampung. dulu best r kalau raya. meriah gak la. saudara2 pon ramai yang ada. duit raya pon banyak. hehe.. itupun sebab time arwah nenek ada dulu dia bagi banyak. sekarang dah takde. i miss u nenek :'( tapi sekarang even dah tua pon still dapat duit raya lagi. hehe.. raya ke4 balik semenyih. macam biasa pergi raya rumah kawan2, cikgu2. hehee.. malas nak cite dah tegok gambo la.














thanks!

jamuan form 6

assalamualaikum...

sebenarnya aku malas update tapi dah lama gila aku tak update so aku memaksakan diri untuk update. hehe.. alaa kalau update pon takde orang baca. nasib ah kalau ada yang baca.

okay. hari tu berapa hari bulan tah aku dah tak ingat kami bebudak form 6 lower n upper ada jamuan kat coffee house kat equatrial park (betul ke aku eja? ahh lantak) kat bangi. kami berpakaian sungguh cun dan cantik dan kacak lagi bergaya dan sungguh ohsemm... nak pergi hotel kann kena la pakai yang gojes2. tapi aku simple je hari tu. diorang je yang gojes2 (bukan gonjeng ok ;p) aku pakai baju yang da out of date. dorang sume dress pehh meletops2 sungguh. hehe.. makanan kat situ sedap2 gila. aku dah tak fikir apa dah selain makan. ngeh ngeh.. selagi boleh masuk aku masukkan aje. mula2 aku ambik buah2an. then ambik kek. pastu nasi and lauk ketam masak apa tah. pastu abc. lagi aku tak ingat aku makan apa. lepas tu diorang ada ah buat permainan. lawak2 je permainan dia. pastu geng 5 budak comel (comel ke?) buat persembahan. boleh tahan best r. sedap suara diorang. pandai diorang reka lagu. beb, jangan kembang k. hahaha...
lepas tu ada penyampaian hadiah untuk beberapa kategori. ceh dah macam pertandingan apa tah. haha.. manusia yang paling cool  and sporting zizi n kila dapat. guys! u really should get it. u're cool man. haha.. then couple yg aling ideal pasangan faris n wani dgn sape tah nama budak lower tu. hehe.. memang patut menang pon. sebab sweet je. lepas tu kategori yang paling syok sekali king and queen sebab dua2 ni member aku yang dapat. hahaha.. memang padan lah diorang dapat. mereka adalah king fadhil and queen jee. hehe.. time mc umumkan nama diorang, kitorang gelak terbahak2 sebab tak sangka diorang boleh menang. haha.. tapi 2 orang budak ni memang gohjes la hari tu even agak simple je drees diorang. orang kata natural beauty la kan. hihi.. congrats guys! and a lot of thanks juga kepada bebudak lower 6 yang dah bertungkus lumus, ersusah payah meraikan kami bebudak upper 6 ni. and berjuta terima kasih jugak dekat cikgu2 yang terlibat dalam jamuan ni. we'll appreciate that. love u guys! mmmuuuaaahhh! wiiiiiiiiii~ hehehe.. so lepas ni kengkawan! moh ler mita belajo betul2 pekse nak dekat dah ni. bebawak lah sedor wahai kawan2 ku. hahaha.. padahal aku pon tak sedor lagi ni. heeeee xp

some pics for the jamuan day. hehehe















daa!

Friday, August 19, 2011

pergilah jauh2



assalamualaikum...
lama giler tak update blog. dah bersawang-sawangan da tempat ni. nasib la kau blog dapat tuan macam aku ni yang sungguh malas update. haha.. nak buat karangan pon aku malas ni pulak nak merepek kat sini.dah tu sape suuh kau buat blog? heheee... ;P

apa kena dgn title tu?
.
ok. ni first time aku cerita pasal benda tu. alaa..benda tu. yg mengarut-ngarut tu. okay. it's about love. honestly, i've fallen in love before. tapi da break. that's my first love. orang kata first love tu susah nak lupakan. that what happened to me. until now i can't forget him. oh my.. macam2 cara dah aku buat nak lupakan dia. block fb dia. rapat dgn laki lain. tak ingat die langsung. tapi..it's failed. mula2 hampir nk berjaya. tapi dia tiba2 mesej. suruh jangan block dia. so aku pun unblock dia. haha.. macam apa kan? nak kawan je. sampai bila la nak membenci kan? tapi setiap kali tengok dia rasa macam nak tercabut jantung ni. sedih yaww -__- tapi nak buat macam mana kan. orang da taknak :'( but life must be go on. sampai sekarang doh still teringat. tapi sekarang dah hampir tak ingat dah. heee.. alhamdulillah. tapi kadang2 tu teringat jugak. haihh..biar la dia dengan life dia kat sana. aku kat sini still ada kawan2 yang riang yang happy go lucky yang gila yang sengal yang handsome yang cantik yang comel yang cun yang huduh.. eh yang tu takde. hihi.. tak lupa juga saya ada family yang sentiasa di sisi. ceewahh.. da macam apa dah. haha.. ok dah habis.

haaa... 2 orang lagi dah tahu kewujudan blog aku ni. apa ke bodohnya aku ni buat blog tapi tak heboh-heboh? ouhh... aku buat blog ni bukan untuk diheboh-hebohkan. hehe.. untuk sendiri-sendiri je. story aku bukan menarik pon nak dijaja. hihi..

p/s: 2 orang yang dah tahu aku ada blog diam2 je auw auww. hehe :P