Assalamualaikum.
Hello there. Selamat Hari Raya Aidiladha :)
serius aku tak prepare langsung untuk raya ni. padahal esok da raya wei. baju tah aku nak pakai baju mana tah esok. tudung mana. haihh.. orang lain da siap gosok siap gantung lawa2 dah. tak tahu lah ada orang yang sama macam aku ke gak -____- family aku pun semua tak prepared apa2. just makanan je yang meriah. mak aku masak rendang, nasi impit, and laksam. meriah ke tu? boleh la. hehe. sebenarnya aku takde mood. maybe sebab exam nak dekat. and aku tak berapa nak ready lagi. banyak syllabus yang aku tak faham and tak baca lagi. so aku tempah beberapa orang membe yang agak pandai untuk ajar aku subjek yang diorang pandai tu. hehe.. untung aku ada membe mcm korang. ok sebenarnye aku takde mood bukan sebab exam. aku tipu je tadi. *pliss jangan lempang aku. aku takde mood sebab aku ada ternampak and dapat tahu something yang agak menyakitkan hati dan mengingatkan aku dekat dia. even aku da takde kena mengena da dengan dia. tapi aku tak tahu kenapa aku still... haihh.. dah dah. wake up shahira. focus kau sekarang dekat exam je. jangan fikir benda yang boleh buat kau down especially benda bodoh tu. ingat. matlamat kau sekarang UNIVERSITI je. no matter what kena jugak masuk U. jangan nanti kau menyesal kali ke 2. tugas kau sekarang belajar je. kau kena ubah diri kau. kau kena ubah tanggapan orang dekat kau. sampai bila kau nak jadi macam ni. tak kan kau nak tengok je orang lain berjaya sedangkan kau tak. bangunlah dari mimpi. sampai bila kau asyik nak berangan je? ok panjang pulak aku membebel. just motivated myself.
wish me luck for stpm that will coming soon...